1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

Firman Allah yang bermaksud,Nabi Isa a.s. berkata,Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong.(Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.(Surah an-Nisa: 116)

Manusia yang mempunyai keyakinan selain daripada Allah swt,ini pun termasuk dalam kalangan manusia yang telah syirik pada Allah.Orang Islam hari ini tidak sedar bahawa mereka jugak tidak dapat lari dari melakukan kesyirikan kepada Allah.Dalam hati orang Islam ada selain daripada Allah..

Orang Islam hari ini telah menganggap bahawa mereka yang sujud kepada patung,itulah yang dikatakan syirik,sebab itulah mereka tidak ada kerisauan tentang iman mereka.Saya pernah berkesempatan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh seorang ulama yang begitu arif tentang ilmu tauhid,kata ulama tersebut,makan ubat pun,kita boleh syirik,jika kita makan ubat,dalam hati kita yakin,bahawa penyakit saya akan sembuh setelah memakan ubat ini,percakapan macam nie,boleh merosakkan iman kita,makan ubat boleh,tetapi perbu isbabkan Allah dalam percakapan kita.

Satu lagi contoh,petani yang ingin membeli racun,telah berkata kepada seorang tauke yang bukan muslim,tauke mana racun yang paling bagus sekali,lalu tauke itu pun berkata,ini racun baik punya,kalau you guna di tanaman you,mesti subur punya,lalu petani ini pun mengakui percakapan tauke ini,tengok percakapan orang bukan Islam dengan orang Islam,tak berbeza pun,tidak melibatkan pengisbatan Allah dalam percakapan mereka.Tidak ada bezanya dengan percakapan orang bukan Islam.

Orang yang membunuh manusia dan berzina beribu kali, jika benar-benar bertaubat nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Begitu juga pemakan riba dengan jumlah berjuta-juta ringgit, jika benar-benar bertaubat diampunkan dosanya. Begitu juga dengan dosa-dosa yang lain melainkan dosa orang yang syirik dengan Allah SWT.

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan melantik Tuhan yang lain daripada Allah, yang berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang mengada-ngdakan hukum yang lain daripada hukum Allah dan menganggapnya serupa dengan hukum Allah atau lebih daripada hukum Allah, mereka berkenaan telah melakukan syirik. Allah Taala tidak mengampun dosa mereka.

Disebut di dalam ayat yang banyak termasuk ayat yang ditafsirkan ini termasuk juga di dalam hadis yang banyak antara lain sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,Jauhlah kamu daripada tujuh dosa besar. Dikatakan, apa yang dikatakan tujuh dosa besar itu? Rasulullah bersabda, yang pertama ialah syirik dengan Allah.

Syirik dengan Allah tidak diampun dosanya melainkan dengan mengucap dua kalimah syahadah, berhenti daripada perbuatan dan perkataan syirik bagi menghilangkannya. Istighfar dengan bertaubat sahaja tidak boleh.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Orang yang syirik dengan Allah, tidak ada peluang masuk syurga.

Dan mengikut satu riwayat lain dirinya yang beriman bukan dirinya yang syirik. Yang syirik dan kafir tidak masuk syurga.

Dan Allah Taala menghukum orang-orang Kristian kafir walaupun mereka mengaku bahawa Allah itu Tuhan, walaupun mereka membuat kebajikan tetapi apabila mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka mereka telah melakukan syirik.

Firman Allah yang bermaksud, Dan orang-orang yang zalim itu tidak mendapat pertolongan dari Allah. (Surah al-Maidah: 72)

Kita melihat mereka berkeadaan baik dengan tubuh badan yang sihat serta gagah perkasa di atas dunia kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk berbuat sesuatu sama ada baik ataupun jahat.

Allah Taala tidak menolong mereka, mudah-mudahan mereka bertaubat dari segala perbuatan jahat yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu tiga daripada yang tiga. (Surah al-Maidah: 73)

Iaitulah orang Kristian yang mendakwa Allah itu satu daripada tiga unsur ataupun satu daripada tiga Tuhan.

Firman Allah yang bermaksud, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka ucap daripada Maha Tinggi dan Maha Besar. (Surah al-Israa': 43)

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka ucapkan kerana Allah Taala itu Maha Esa.

Firman Allah yang bermaksud,Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu. (Surah al-Maidah: 73)

Tuhan hanya satu sahaja itulah Allah SWT Yang Maha Esa, yang tunggal pada zat dan sifat-Nya dan pada segala-gala yang dimiliki-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka cakap,(terus mengatakan Allah Taala satu daripada tiga, Isa al-Masih juga sebagai Tuhan), nescaya mesti akan mengenai orang-orang yang kafir di kalangan mereka azab yang pedih. (Surah al-Maidah: 73)

Oleh yang demikianlah,ulama-ulama suruh kita keluar jalan Allah untuk bawa iman kita,orang Islam ini sudah ada iman,tetapi iman tidak ada nur,tidak ada keyakinan,sebab itu,kita kena keluar jalan Allah,untuk berikan nur kembali kepada iman kita.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.

Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.

Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda”Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam badan).(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda”Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan cahaya bintang2”.(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
Kisah......:

'Ainul Mardhiah' merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah'... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab "tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana". Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..."tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana",..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... "akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku".... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... "nanti kamu belum syahid lagi"......tersentak, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi. Pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab "benar... benar...benar..." dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata "memang benar cerita sahabat kamu"
...


Klik untuk preview >> http://www.youtube.com/watch?v=zSsW6bnHXeM

Kalau diikutkan aku taknak tgk citer ni.... tp oleh kerana kwn aku nak belanja aku gi la tgk kat TGV MesraMall... memang kelakar giler........ yg penting Che chiter.. che chiter... hahahaha..

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

www.iluvislam.com

Aku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.

Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.

Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.

Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.

Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.

Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir. Aku terus-terusan hina dan benci orang Kafir tanpa aku sendiri melakukan ikhtiar untuk merubah diri sendiri dan masyarakat agar orang Islam dapat membuktikan bahwa Islam itu baik dan tidak membebankan. Pernahkah aku berusaha?

Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting. Padahal duit itu hanyalah untuk nafsuku, mengapa tidak untuk saudara-saudaraku yang sedang menderita? Aku makan enak-enak setiap hari, jika tidak dapat yg enak, aku marah padahal aku dah selalu makan enak-enak, si miskin tidak pernah sekali pun merasa keenakkan makanan yang aku makan. Mengapa aku merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan aku? Bukankah kita semua berasal dari Adam yang sama?

Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.

Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi. Dan semakin ramai yang sakit hati serta tiada keharmonian dalam masyarakat. Orang-orang menjadi semakin liar dan tidak mustahil sikap suka mengumpat juga berkembang pada orang lain. Aku telah memupuk budaya tidak sihat itu! Sebenarnya aku juga dua kali lima jahat.

Aku rasa aku tak salah setiap masa.

Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.

Astaghfirullah!

Blogger Template by Blogcrowds